Dipukul bapa sehingga berdarah kerana rokok!!



Lihatlah semua, dunia kini sudah dalam pengakhirannya, sedangkan binatang pun kasihkan anaknya, inikan pula manusia yang mempunyai akal fikiran.Inilah contoh bapa yang tak bertanggungjawab! Hanya kerana tidak membawa balik rokok yang dipesan, seorang bapa sanggup mendera anak kandung sendiri.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Sikamat, Seremban dan menimpa seorang kanak-kanak malang berusia enam tahun yang ditumbuk di bahagian muka, dipukul dan dilibas dengan tali pinggang.
Pihak polis yang menerima aduan kemudiannya datang menyelamatkan budak tersebut yang lari ke rumah jirannya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Zaki Harun berkata, mangsa diselamatkan pada jam 11.3o pagi semalam (Rabu) di rumah jirannya itu.

0 Response to "Dipukul bapa sehingga berdarah kerana rokok!!"

Post a Comment