Kuala Lumpur: Seorang pelajar lelaki ‘terlampau’ cuba menggoda murid perempuan berusia 12 tahun dengan menghantar pelbagai gambar lucah ke telefon pintar mangsa.
Suspek yang juga pelajar sekolah menengah itu dikesan sengaja menghantar gambar kemaluan lelaki dan wanita itu menggunakan aplikasi WheChat selepas berkenalan dengan mangsa.
Tindakan itu bagaimanapun disedari oleh ibu mangsa selepas memeriksa telefon pintar milik anaknya itu, kelmarin.
Wanita terbabit kemudian menghubungi penganalisis jenayah Kamal Effendi Hashim bagi mendapatkan pandangan sebelum disarankan membuat laporan polis berhubung tindakan suspek remaja itu.
Kamal berkata, tindakan pelajar lelaki salah sebuah sekolah menengah di ibu kota itu amat menjijikkan berikutan usianya yang masih mentah.
“Berdasarkan pemeriksaan pada telefon bimbit itu, suspek yang berusia 15 tahun terbabit turut menulis perkataan melampau ‘dulu aku bukan cinta kau sangat! aku hanya bernafsu dengan kau sahaja’.
Haish, admin dulu darjah 6 main guli lagi. Balik rumah kena rotan sebab tak mengaji. Bukannya main wechat sembang sana-sini. Buat keluarga yang terlalu manjakan anak dengan kemewahan dan teknologi pantau lah mereka, sesungguhnya mereka lebih memerlukan perhatian daripada ibu bapa berbanding mendapat kebebasan yang boleh membinasakan.
0 Response to "Remaja yang ''Pedophile'' hantar pesanan Wechat kepada Budak Berusia 12 Tahun."
Post a Comment