Mari Berjalan Di Atas Air Di Slovakia| Gambar ini adalah gambar dirakam oleh pendaki di Tasik Slovakia
Lihatlah keindahan alam seceruk dunia, nescaya tidak kamu akan pernah rugi melihatnya. Subhanallah.. beberapa orang pengembara telah menemui sebuah tasik di kawasan pergunungn Tatras di Slovakia yang telah beku dengan air tasiknya yang jernih.
Pengembara itu Thomas Nunuk dan rakannya kemudian memberanikan diri berjalan di atas air tasik yang beku itu dan memperlihatkan imej dasar tasik yang cukup mengkagumkan.
Dalam klip video yang dimuatnaik di laman Youtube 8 Disember lepas, ia kelihatan seperti mereka berjalan di atas udara, memetik laporan The Huffington Post.
“Ia mungkin terjadi jika suhu udara di sana jatuh dari pada sederhana sejuk kepada tahap beku dengan mendadak, paling penting tiada salji yang boleh menjadikan permukaan ais di tasik itu kabur.
“Kami memang mengalami perubahan suhu sebegitu yang mungkin menjelaskan kejadian ini,” kata Igor.
Menurut beliau lagi, ais itu difahamkan setebal 2 sentimeter dan kekukuhannya mampu menampung berat seorang lelaki.
Admin harap, suatu hari nanti, kita mampu untuk bermusafir untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah seperti keajaiban dapat berjalannya manusia di atas permukaan ''Air'' di Slovakia ini.
Sekian,
Pencuri Blog.
cc: Kinitv.com
0 Response to "Mari Berjalan Di Atas ''Air'' "
Post a Comment