Rahsia Mengatasi Rasa Takut Untuk Bersalin | Apabila ibu mengandung memasuki trimester terakhir, kebanyakannya akan berasa tertekan, takut dan cemas. Boleh dikatakan semua wanita pasti berasa takut sekiranya terjadi apa-apa komplikasi semasa bersalin. Entah kenapa takut sangat nak bersalin. Berdebar-debar siang dan malam.
Ramai orang berasa kagum kalau terdengar kes-kes bersalin yang sangat senang.
” Eh! macam kentut je, keluar dah baby. Macam ini bolehlah beranak 20 “. Kan?
Rahsia penting dalam konsep bersalin adalah para ibu mesti menjauhkan diri daripada emosi negatif, cerita negatif, perkataan negatif dan apa-apa yang boleh negatifkan diri. Banyak kesan buruk kalau asyik takut rasa bersalin.
Contoh perkataan negatif adalah seperti MATI, RISIKO atau SAKIT. Jangan sesekali melihat cerita atau drama samada di TV atau YouTube tentang kesakitan atau deritanya ibu yang mahu bersalin.
Antara rahsia cara nak buang perasaan takut dengan jayanya adalah seperti berikut :-
1. Sewaktu kita mahu tidur dan bangun tidur. Sebut dan imaginasi, bersalin ini mudah, cepat dan senang, tidak perlu sakit. Kawal minda separuh sedar anda.
2. Lidah diwajibkan basah dengan zikrullah sepanjang proses kontraksi supaya diri kita pasrah dan yakin Allah S.W.T akan memudahkan urusan kelahiran ini.
3. Kemahuan, keyakinan dan motivasi yang tinggi akan mempengaruhi kejayaan bersalin dengan mudah, selamat, senang dan mungkin sahaja tidak menyakitkan.
4. Mungkin teknik ini agak pelik kerana ibu tidak akan rasa sakit walaupun tidak menggunakan sebarang ubat tahan sakit.
5. Sentiasa yakin dan percaya pada tahap maksimum bahawa Allah S.W.T jua yang berhak menentukan walaupun kita sudah membuat persiapan sepenuhnya.
Dalam konsep bersalin secara alami, semakin kita pasrah dan yakin bahawa Allah S.W.T telah menjadikan badan kita mampu untuk melahirkan bayi yang sihat dan tanpa komplikasi, semakin kuat azam dan semangat yang akan Allah S.W.T berikan pada kita. Perintah supaya khusyuk dalam solat agar roh dapat menghadirkan hati kepada Allah S.W.T dapat digunapakai semasa proses bersalin.
“ Mintalah pada Allah. Allah tidak akan mensia-siakan doa orang yang meminta sungguh-sungguh. InsyaAllah.”
0 Response to "Rahsia Mengatasi Rasa Takut Untuk Bersalin"
Post a Comment