6 Sebab Kenapa Anda Perlu Sayang Azwan Ali


Mungkin ada yang meluat dengan apa yang ingin kami coretkan kali ini. Tapi percayalah. Walaupun ramai yang mengutuk dan mengata Silang Jari. Tetapi kami di  Silang Jari berdiri teguh dibelakang Azwan Ali. Jadi, kami ingin mencoretkan apa yang terbuku dihati kami selama ini, Mengapa Kami Sayang Azwan Ali.

1) Kaya

Cuba perhatikan Rosmah Mansor dan Azwan Ali ( Double A) . Apa yang Rosmah Mansor ada tapi Double A tiada? Kecuali rambut dan ketinggian sahaja yang tidak sama. Cuba lihat beg yang dipakai oleh Doubel A semuanya LV, Prada, Gucci atau senangkata jenama yang boleh didapati di Pasar Malam hanya di Pavillion, KLCC, The Garden dan sebagainya.

2) Tetap Cantik dan Anggun Walau Bertudung.



Cuba pandang sekali sewaktu Doubel A memakai tudung. Bergetar tak tulang rusuk masing-masing? Tipulah kalau tak bergetar kan? Masa mula pandang macam Abby Abadi kan, dua kali pandang barulah macam Double A, betul tak?

3) Bahasa Yang Indah.



Sila perhatikan bagaimanakah apabila Double A menjawab soalan-soalan yang indah apabila diajukan oleh wartawan? Ternyata gaya bahasa moden yang digunakan sesuai dijadikan lirik lagu. Tapi bukan lirik lagu kebangsaan atau tradisional. Sebaliknya amat sesuai dijadikan lirik lagu bergenre Hip Hop atau Rap.

4) Adik Azmin Ali & Umie Hafilda Ali



Walaupun Double A seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa serta ‘low profile’. Perhatikan latar belakang Double A, ternyata dia mempunyai ‘family background’ yang kuat. Dia adalah merupakan adik kepada tokoh politik iaitu Azmin Ali dan Umie Hafilda Ali.

5) Seorang Yang Sudah Menunaikan Haji.


Jangan terkejut. Lembut-lembut Azwan Ali pun dia dah menunaikan haji tau.

6)Tak Main Buih Sabun




Akhir sekali, Double A adalah seorang yang laki yang tak pernah main buih sabun. Kami pun tidak pasti, tang mana yang laku. Mungkin gambar diatas sudah cukup menjelaskan. Apa yang laku sebenarnya. Kamu rasa? Mungkin sebab dia tidak pernah main buih sabun lah dia merasakan dirinya laku.




1 Response to "6 Sebab Kenapa Anda Perlu Sayang Azwan Ali"