GooPhone Akan Saman IPhone 5 Keluaran Apple


GooPhone Akan Saman IPhone 5 Keluaran Apple | Agak bangang lah kan jawapannya apabila Goophone ni nak saman Apple sbb tiru design dia kata nya.. Hahahha.. lawak gila produk dari China ni. Korang baca lah sendiri

GooPhone Akan Saman IPhone 5 Keluaran Apple

Pengilang dari China yang baru sahaja mengeluarkan klon iPhone 5 iaitu GooPhone i5 yang menggunakan Android sebagai OS telefon tersebut berkata akan menyaman Apple jika mereka menjual iPhone 5 di China.
Mereka telah mendaftar paten hak cipta mereka yang dikatakan mempunyai design yang sama dengan iPhone 5 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Alasan yang diberikan oleh pihak GooPhone dalam kes saman ini sangat mudah, iaitu mereka telah mengeluarkan design iPhone 5 terlebih dahulu dan sudah dipatenkan, jadi jika pihak Apple membuat perkara yang sama dengan mengeluarkan iPhone 5 dengan tidak mengubah design maka mereka mempunyai hak untuk saman Apple.
Nota : Kelakar ka ? kahkah.. sekarang ni kan bisnes.. mana lah tahu lawan kes ni tiba2 gophone memang kikiki. Tapi agak mustahil lah kalau nak menang. Apa pendapat korang ? Cuba kongsikan

SUmber : Gizmoo

0 Response to "GooPhone Akan Saman IPhone 5 Keluaran Apple"

Post a Comment