Kempen Boikot Produk Zionis Mula Menunjuk Kesan Kepada Israel


Kempen Boikot Produk Zionis Mula Menunjuk Kesan Kepada Israel | Biar mampus semua Orang Israel ni, Huhu. Jom kita teruskkan memboikot barang-barang Israel ini. ada sesetengah pendapat juga mengatakan dengan cara ini kira Jihad ? admin pon tak tahu .. tapi admin tetap Benci Israel ni.

Kempen Boikot Produk Zionis Mula Menunjuk Kesan Kepada Israel

Kempen memulaukan produk Israel ternyata memberi kesan buruk ke atas rejim Zionis itu, apabila seorang pemimpin tertinggi Yahudi Amerika mendakwa tindakan tersebut merupakan cabaran terbesar yang dihadapi sekutu kuat Amerika Syarikat (AS) itu.

Cabaran berkenaan disuarakan oleh Timbalan Ketua Eksekutif Persidangan Persatuan Utama Yahudi Amerika, Malcolm Hoenlein yang meminta kerajaan Barat bekerjasama bagi menentang kempen tersebut.

"Israel dan sekutunya perlu menentang kempen boikot tersebut yang dikenali sebagai BDS dengan cara yang paling berkesan," katanya.

Israel berdepan kempen boikot yang dilancarkan secara meluas di seluruh dunia termasuk perniagaan di Eropah yang menentang tindakan rejim Zionis itu membina penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Dua institusi perbankan terbesar di Eropah turut memulaukan urusan kewangan dengan syarikat Israel berhubung isu yang sama.

Malah Kesatuan Eropah menyekat dana dan bantuan yang disalurkan kepada entiti Israel, selain Persatuan Kajian Amerika mengambil langkah sama atas kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Ekoran kempen pemulauan secara meluas itu, Israel terpaksa mengadakan mesyuarat Kabinet pada minggu depan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Kempen itu mendapat sambutan, selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kebanyakan negara mengecam tindakan Israel meneruskan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin walaupun mendapat tentangan antarabangsa.

Kekejaman rejim Zionis Israel menyekat ekonomi dan kehidupan rakyat Palestin di Genting Gaza sejak 2007 turut mendapat kecaman dunia yang menyifatkan tindakan Israel itu melanggar hak asasi manusia. 

Nota : korang mesti tahukan apa produk-produk tersebut ? kalau tak tahu Klik sini merupakan produk-produk nya. Jom kngsi bersama. InsyaAllah bermanfaat untuk kita semua

SUmber dipetik : Billyinfo


0 Response to "Kempen Boikot Produk Zionis Mula Menunjuk Kesan Kepada Israel"

Post a Comment