Meninggal Ketika Rukuk Pada Rakaat Pertama


Meninggal Ketika Rukuk Pada Rakaat Pertama | Kisah ini memberi kita 1001 pengajaran. Seorang lelaki dari Thailand yang meninggal ketika solat ternyata memberi kita Keinsafan . harap kisah ini memberi makna kepada kita juga. Baca selanjutnya

Meninggal Ketika Rukuk Pada Rakaat Pertama

Kematian Mahama Abdullah, 56 seakan-akan mirip kejadian di Bangi, Selangor pada Ogos 2013 apabila seorang lelaki yang juga siak Suaru Al Mujahiddin, Desa Surada meninggal dunia dalam keadaan bersujud.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.45 malam itu, Mahama tiba-tiba rebah pada rakaat pertama solat.

Terkejut dengan kejadian itu, penduduk yang juga jemaah di masjid berkenaan segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak polis.

Setiausaha Masjid, Samsuddin Yasin berkata, ketika kejadian, jemaah hanya menyedari Mahama rebah selepas selesai menunaikan solat Isyak.

"Kami cuba periksa nadinya namun gagal mengesan sebarang denyutan. Maka untuk mendapatkan pengesahan lebih tepat, kami panggil seorang doktor yang tinggal dekat sini.

"Selepas semua usaha menemui kegagalan, mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas," katanya.

Menurutnya, penduduk terharu dengan pemergian arwah yang menghembus nafas dalam masjid, lebih-lebih lagi ketika sedang menunaikan solat.

Katanya, ketika hayatnya, arwah cukup dihormati penduduk di sini kerana beliau merupakan seorang guru agama berpengalaman di sebuah institusi pengajian pondok di Weng, Thailand.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa memasuki negara ini menggunakan pas sempadan.

"Hasil pemeriksaan awal, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung dan tiada unsur jenayah ditemui. Bagaimanapun, pihak polis masih menunggu laporan lengkap berhubung punca kematian mangsa," katanya.

Nota : Mungkin pihak PDRM membedah siasat untuk mengetahui punca kematian nya kut. Tapi bagi admin tak perlu lah.. korang pula cam mana ? Cuba kongsikan siket

Sumber dipetik : Sinar Harian

0 Response to "Meninggal Ketika Rukuk Pada Rakaat Pertama"

Post a Comment