Kisah Tukang Paip 37 Tahun Tak Lepas Solat Di Masjid Nabawi


Kisah Tukang Paip 37 Tahun Tak Lepas Solat Di Masjid Nabawi | InsyaAllah kisah ini dapat memberi ikhtibar kepada kita untuk mendekat kan diri lagi kepada Allah. Jom baca kisah si tukang paip ni yang tidak menunggalkan solat 37 Tahun di Masjid Nabawi

Kisah Tukang Paip 37 Tahun Tak Lepas Solat Di Masjid Nabawi


Lelaki Afghanistan ini tidak pernah terlepas bersolat di Masjid Nabawi selama 37 tahun.
Haji Muhammad menjadi popular di Madinah kerana satu perempat usia beliau selalu muncul di TV Arab Saudi memakai serban hitam yang sama sambil berdiri di sebelah kanan di barisan pertama di belakang imam .
Beliau memberitahu media (Makkah daily) bahawa dia tiba di di Arab Saudi semasa beliau berumor 19 tahun.
Beliau bekerja sebagai tukang paip selama 37 tahun dan hanya pernah pulang sekali saja ke Afghanistan.
Beliau berkata : “Saya selalu memastikan saya melaksanakan semua solat lima waktu di Masjid Nabawi dari saya remaja lagi.
“Saya suka mengembalikan al-Quran dari jemah yang di letak di merata tempat dalam masjid dan meletakkan mereka kembali ke dalam almari nya”.
Haji Muhammad telah membuat banyak kawan dengan jemaah-jemaah dari luar negara yang kagum dengan beliau kerana setia dalam melaksanakan semua solat di masjid dan di tempat yang sama .
Sebahagian daripada jemaah kerap melihat dia memakai serban hitam yang sama di tempat yang sama setiap tahun mereka melawat Madinah.
“Apabila saya bekerja untuk penaja saya, saya memberitahu beliau dari awal bahawa saya tidak mahu terlepas apa-apa solat di masjid dan di bulan Ramadhan saya tidak akan berkerja kerana saya akan berada di dalam masjid sepanjang masa, ” katanya. Hj Muhammad ada dua isteri dan 12 anak. 

Nota : semoga kisah ini dapat memberikan serba sedikit pengajaran buat kita bersama.. Admin harap korang perbaiki diri korang dari baik menjadi lebih baik .. Admin mengingatkan korang tetapi diri admin juga ..  

Sumber di petik : Mynewshub

0 Response to "Kisah Tukang Paip 37 Tahun Tak Lepas Solat Di Masjid Nabawi"

Post a Comment