Mekanik Belasah Pelanggan Sampai Mati


Mekanik Belasah Pelanggan Sampai Mati | Berita ni dilaporkan baru saja berlaku di Sungai Buloh dan tidak tahu apa punca nya yang menyebabkan seorang lelaki di pukul sehingga mati . Admin pon tak boleh sebarang cakap sebab tak tahu sangat pasal info ni.. Jom baca lebih lanjut

Mekanik Belasah Pelanggan Sampai Mati

SEORANG lelaki yang cedera parah dibelasah tiga hari lalu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini, kelmarin.
Mangsa dilapor dipukul di kepala menggunakan pasu bunga dan sebatang kayu oleh seorang pekerja sebuah bengkel berusia 40 tahun dalam kejadian di Sungai Buloh, di sini, kira-kira jam 2 petang, 5 Februari lalu.
Harian Metro difahamkan, mangsa terbabit dengan pertengkaran selepas menuntut semula barangan miliknya daripada pekerja bengkel itu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, siasatan awal, mangsa yang berusia 42 tahun ada pergi semula ke premis suspek bekerja untuk menuntut pengunci van miliknya yang belum dipasang pekerja bengkel berkenaan.
“Mangsa dan suspek kemudian terbabit dalam pertengkaran. Suspek yang hilang pertimbangan kemudian memukul kepala mangsa sehingga pengsan,” katanya memberitahu suspek dipercayai menggunakan pasu bunga dan kayu sebagai senjata.
Junaidi berkata, mangsa yang cedera kemudian dibawa ke HSB untuk diberikan rawatan dan keadaannya ketika itu dilaporkan tidak sedarkan diri.
“Mangsa bagaimanapun disahkan maut kira-kira jam 3 petang kelmarin,” katanya.
Katanya, susulan kejadian itu, pihaknya menahan suspek dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). video nya Klik sini > Sini

Nota : Agak sadis lah juga tengok video ni. Kalau korang nak tahu admin tak boleh nak upload sebarang video yang berunsurkan 18sx. To lah sebab kenapa admin taknak upload. Apa komen korang selepas tonton video tersebut ? Cuba bg komen siket

Sumber di petik : portal mynewshub


0 Response to "Mekanik Belasah Pelanggan Sampai Mati"

Post a Comment