Video Anjing Pittbull Serang Tuan Sendiri


Video Anjing Pittbull Serang Tuan Sendiri | Berita ini agak lama lah juga tapi admin tayangkan balik. huhu. Apabila seekor ajing pitbull menyerang tuannya sendiri. admin pon tak dapat pasti apa sebabnya. Jom baca selanjutnya dan tonton video nya.

Video Anjing Pittbull Serang Tuan Sendiri

Insiden serangan anjing ini bukanlah baru, di negara kita pun kerap terjadi. Malah acapkali serangan itu berakhir dengan kematian yang tragis. Tetapi yang jarang kita dengar ialah tuan punya anjing diserang anjingnya sendiri.

Tetapi itulah yang berlaku pada seorang lelaki di Brazil.


Kejadian ini terjadi di Avenida Presidente Wenceslau pada 22 Januari lalu.Seekor anjing yang dikenali sebagai Pitbull (anjing ganas) telah menyerang tuannya sendiri, Dejail Cesar Goncalves, 54, dibelakang rumahnya.

Anjing tersebut menggigit dan mengoyakkan tangan kanan tuannya.

Walaupun dengan tiga pukulan, anjing itu bertindak balas dengan lebih ganas dan berpindah menyerang bahagian kepala dan leher pula. Tidak lama kemudian, pengawal perbandaran datang dan terpaksa melepaskan tiga tembakan kepada anjing itu dan anjing tersebut masih kuat untuk menyerang kemudiannya melepaskan satu lagi tembakan.

Dejail Cesar dibawa ke Hospital dengan keadaan yang kritikal kerana banyak kehilangan darah.

Klik sini Untuk melihat Video sebab admin tak boleh nak upload Sini

Nota : Lepas admin tengok video nya agak ngeri lah juga. tengok macam anjing ni kena sawan je pun ada. tapi entahlah. Apa komen korang ? Cuba Kongsikan 

SUmber dipetik : Tabekpuang

0 Response to "Video Anjing Pittbull Serang Tuan Sendiri"

Post a Comment