Pelik Dengan Kepala Lelaki Ini


Pelik Dengan Kepala Lelaki Ini | Pelik apabila objek seperti hidung pula tumbuh di kepala lelaki ni. Tapi memang hidung pun .. pelikkan kenapa hidung pula yang timbul di dahi orang ni. Admin pun tak tahu kenapa. Jom korang baca lah sendiri . Baca selanjutnya

Pelik Dengan Kepala Lelaki Ini

Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.

Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.


Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.

Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.


HIDUNG baru Xiaolian.

Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin.


Nota : Apa pun tetap lah bersyukur sebab tubuh badan kita sihat sehingga sekarang. Setiap manusia mempunyai kekurangan tak perfect 100% dan kita cuba perbaiki diri kita sendiri. hehehe.. Apa komen anda ? Cuba kongsikan

Sumber dipetik : gempaqgile

1 Response to "Pelik Dengan Kepala Lelaki Ini"

  1. *****DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606
    Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete