Berita Menarik ni ... Sekadar perkongsian buat korang semua sahaja ..
AWAS! Berhati-hati Jika Dilanggar Oleh Lelaki Ini! |BAGI mereka yang duduk di Setapak, seorang rakan Facebook memberi amaran tentang perbuatan jahat lelaki ini yang berpotensi untuk berlaku jenayah.
Mangsa Chieu Mei yang menghantar ceritanya di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MCAC) berkenaan lelaki itu.
Kejadian melibatkan mangsa berlaku hari ini kira-kira pukul 1 tengahari tadi.
Menurut Chieu, lelaki itu akan melanggar kenderaan mangsanya dengan perlahan sebelum mendakwa motosikalnya mengalami kerosakan akibat pelanggaran itu dan menuntut bayaran.
Mangsa yang sedang memandu di sebuah selekoh berdekatan pusat membeli-belah Festival City tiba-tiba terdengar bunyi seperti dilanggar yang amat perlahan di bahagian belakang kereta.
“Saya melihat ke belakang dan melihat seorang lelaki cuba mengimbangi motosikalnya daripada terjatuh.
“Apabila melihat keadaannya seperti tiada apa-apa terjadi, saya tidak berminat mahu melayannya, tetapi kemudian lelaki itu menahan kereta saya dan menunjukkan motosikalnya yang dipenuhi kerosakan,” katanya.
Lelaki itu kemudian tidak henti-henti menuduh mangsa membelok tanpa memberikan sebarang isyarat
Chieu berkata lelaki itu kemudiannya membuat beberapa panggilan telefon konon-kononnya bercakap dengan sepupunya dan memerlukan RM300 untuk membetulkan motosikalnya dan memintanya dari Chieu.
“Saya kemudiannya memintanya membawa motosikalnya ke bengkel berdekatan tetapi dia memberikan pelbagai alasan dengan mengatakan motosikal itu diperlukan untuk bekerja dan kenderaan itu bukan miliknya sebaliknya milik ahli keluarganya,” katanya.
Mangsa berkata, dia keluar dari keretanya dan memeriksa tetapi mendapati tiada sebarang calar di keretanya tetapi motosikalnya mengalami pelbagai kerosakan.
memang bahaya mamat ni .. sekadar perkongsian sahaja .. bukan ada niat tujuan lain
SUMBER :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "BERHATI_HATI JIKA DI LANGGAR DENGAN LELAKI NI"
Post a Comment