Beijing: Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang mendesak agar mereka terus membeli-belah.
Rakaman kamera CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, menemani teman wanitanya membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.
Selepas lima jam Tao yang keletihan mengajak teman wanitanya pulang.
Saksi berkata, Tao dikatakan memberitahu teman wanitanya yang barang dibeli sudah mencukupi dan mereka sudah membawa terlalu banyak beg.
Bagaimanapun, wanita terbabit mendesak agar mereka pergi ke sebuah lagi kedai kasut yang menawarkan potongan harga.
“Mangsa memberitahu yang wanita itu sudah mempunyai banyak kasut, lebih banyak daripada yang boleh dipakainya sepanjang hayat dan tiada guna membeli sepasang lagi.
“Wanita terbabit mula menjerit dan menuduhnya kedekut serta merosakkan semangat Krismas. Mereka r bergaduh besar,” kata saksi berkenaan.
Pergaduhan terhenti apabila Tao menghempaskan beg beli-belah mereka ke lantai dan terus terjun dari balkoni.
Dia jatuh di atas pokok Krismas sebelum jatuh ke lantai menyebabkan orang ramai yang terkejut bertempiaran lari kerana panik.
Petugas kecemasan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian tetapi mendapati Tao sudah tidak bernyawa.
Jurucakap pusat beli-belah berkata, mayat Tao dialihkan dengan segera.
“Mangsa jatuh di satu daripada kedai di tingkat bawah sebelum jatuh ke lantai.
“Ini adalah insiden yang tragik tetapi tempoh waktu ini mungkin detik sukar bagi sesetengah orang,” katanya, semalam
Erkk .. adalah juga bangang mamat ni -_- .. ada ke patut p bunuh diri *_*
0 Response to "Bunuh diri tidak tahan shopping oleh isteri"
Post a Comment