nak kata gila tapi normal .. Baca selanjutnya
Seperti sebelum-sebelum ini kita pernah membaca mengenai kisah individu yang gemar memakan sabun, makan sofa, dan sebagainya. Tetapi kali ini pelik pula yang terjadi kepada seorang gadis yang mempunyai tabiat memakan rambutnya sendiri.
Menurut Ketua Pengarah Hospital al-Amal, Hudaida, Yaman Abdul Majeed al-Yusfi mengesahkan doktor hospital itu telah berjaya mengeluarkan 1.5 kilogram rambut dari seorang pesakit wanita yang menderita sakit perut dan muntah selama 20 tahun.
Pesakit berumur 27 tahun itu mempunyai tabiat pelik iaitu suka memakan rambutnya sendiri sejak berumur tujuh tahun.
Rambut itu dikesan apabila wanita yang enggan identitinya didedahkan itu melakukan pemeriksaan x-ray dan diagnosis untuk mengenal pasti penyakit yang dihidapinya.
Sebaik sahaja doktor al-Amal mengenal pasti punca penyakit wanita itu disebabkan rambutnya, wanita itu terus menjalani pembedahan. Menurut Abdul Majeed, itu merupakan kes pertama di hospital berkenaan.
1.5Kg bukan siket to . banyak rambut yang dia makan ... ahahhaha ... apakena laa pompuan ni ..
Sumber : Melayukini
0 Response to "Gadis Yang Gemar Makan Rambutnya Sendiri"
Post a Comment