Fasha Sandha hilang sabar, dedah dalang jatuhkan maruah ibu

Assalammualaikum semua ,
tak pernah2 admin post pasal artist hari ni admin post 1artikel menarik tentang Fasha ni . Nak tahu tak ? Jom baca selanjutnya :

Beberapa hari yang lalu, kesabaran Fasha dicabar oleh seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai telah menghina ibunya di media sosial.

Individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibunya dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertuanya sendiri (ibu Jejai).

Individu terbabit mula menyampaikan kata-kata negatif berkenaan Fasha dan keluarganya sejak 7 bulan lalu sehinggalah ibu kepada Putra Rayfal Ramli itu bertindak membela ibu kandungnya sendiri. Mungkin kerana terlampau berang, Fasha kemudiannya mendedahkan nama pemilik akaun laman sosial tersebut berserta gambarnya bersama suami dan anak-anaknya.


Komen Fasha Sandha (Gambar atas):

Salam dear makcik @ungkusabariah Saya ingin memohon maaf, terhadap apa yg saya ingin katakan disini,sesungguhnya nama seindah makcik 'ungku sabariah' tidak seindah perilaku makcik. Makcik juga seorang ibu dan seorang isteri, saya pasti suami dan anak2 makcik pasti malu dengan komen2 yang makcik berikan di laman instagram ibu mertua saya. 



Saya pasti anak2 makcik juga berpelajaran dan boleh berfikir bahawa sesungguhnya tidak elok untuk kita memperkatakan yang tak baik tentang orang lain atau dengan erti kata lain (batu api). Saya benar2 simpati dengan orang2 yang bersikap seperti makcik ini. Memberi komen berunsur penghinaan terhadap ibu saya. Cuba makcik fikir, apa perasaan anak2 makcik dan apa yg anak2 makcik akan lakukan sekiranya makcik dihina? Kalau makcik ni peminat bekas menantu @rajanoorasekalipun, tak mengapa. 



Tetapi tidak perlu membandingkan, menghina atau menjadi batu api sehingga mewujudkan sengketa antara satu sama lain. Sesungguhnya orang2 seperti makcik ni harus cuci hati makcik agar bersih. Saya tidak kisah jika mertua saya lebih baik dengan bekas besan atau bekas menantu beliau berbanding dengan saya..itu hak beliau. Hanya Allah Taala sahaja yang tahu. Tetapi kita sebagai hamba Allah tidak perlu mengotorkan hati dan minda dengan mengatakan yang tidak baik sehingga mengguriskan perasaan orang lain. 



Beliau adalah ibu saya, ibu yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan saya. Saya dan ibu saya mempunyai keluarga yang besar di Perlis dan kami hidup dalam keadaan harmoni semenjak saya kecil walaupun dalam keadaan sederhana. Ibu saya yang membesarkan saya 4 adik beradik sendiri sejak saya kecil tanpa pertolongan daripada sesiapapun. Walaupun tanpa nafkah daripada seorang yang bergelar ayah ..kami tetap boleh membesar dan bersekolah. 



Dear Makcik Ungku Sabariah, Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangannya, tetapi saya tidak akan benarkan orang menghina keluarga saya. Cukuplah hinaan hanya diberikan kepada saya. Saya pasti mampu untuk menanggungnya. Bertaubatlah makcik, cuci hati makcik. Semoga makcik sedar, perbuatan makcik ini dilarang dalam agama kita. Makcik juga seorang ibu. Renung renungkanlah Salam JUMAAT buat semua.




Ekoran dari pendedahan tersebut, wanita pertengahan umur terbabit dipercayai telah memadamkan akaun Instagram miliknya secara serta-merta.

Ramai ramai yang menyokong tindakan selebriti ini, tetapi tidak kurang juga yang mempertikaikan perbuatan Fasha yang dilihat sengaja membalas dendam dengan mengaibkan wanita tersebut.

Fasha kembali menjelaskan niatnya berbuat demikian hanya untuk memberi pengajaran sambil mendoakan kesejahteraan wanita berkenaan.

Aiseyy .. Jangan lah gaduh kita ni kan sesama islam betul tak ? harap dapat lah selesaikan masalah ni ..

Sumber : Oh Bulan

0 Response to "Fasha Sandha hilang sabar, dedah dalang jatuhkan maruah ibu "

Post a Comment