Berita ni agak pelik . tapi apa nak kata kan .. kesian cik lembu ni kena jadi mangsa .. ahahha
SAINTIS-SAINTIS Argentina mengambil pendekatan berbeza dalam mengkaji pemanasan global iaitu dengan memasang tangki plastik pada belakang lembu bertujuan mengumpul sendawa binatang itu.
Para pengkaji berkata, sistem penghadaman yang perlahan pada lembu membolehkan ia menjadi pengeluar metana, gas rumah hijau yang amat kurang diambil perhatian oleh orang awam berbanding karbon dioksida.
Saintis seluruh dunia kini sedang mengkaji amaun metana pada sendawa lembu dan pengkaji Argentina telah menemui satu cara yang unik.
Memasang tangki plastik berwarna merah pada belakang seekor lembu dan menghubungkannya terus kepada perut haiwan itu menerusi tiub, saintis berkata, mereka boleh memerangkap sendawa dan menganalisanya.
"Apabila kami menerima keputusan pertama, kami terkejut. Tiga puluh peratus daripada emisi rumah hijau keseluruhan di Argentina adalah dijana oleh lembu," kata Guillermo Berra, pengkaji di National Institute of Agricultural Technology.
Sebagai salah satu daripada pengeluar daging lembu utama dunia, Argentina mempunyai 55 juta lembu di padang rumput Pampas.
Berra berkata, para pengkaji tidak pernah terfikir bahawa lembu yang beratnya 550 kilogram boleh menghasilkan 800 hingga 1,000 liter emisi metana setiap hari.
Sekurang-kurangnya 10 ekor lembu telah dikaji, kata Berra, termasuk beberapa lembu yang sendawanya dikumpul dalam belon kuning yang digantung dari atap.
Gas rumah hijau telah dipersalahkan secara meluasnya sebagai penyebab kepada pemanasan global. Pengkaji bagaimanapun berkata, metana mempunyai keupayaan 23 kali ganda daripada karbon dioksida dalam memerangkap haba pada atmosfera. Ia boleh ditemui pada bahan kumuhan haiwan, tempat pembuangan sampah, lombong arang batu dan paip gas asli yang bocor.
Saintis kini sedang berusaha membangunkan diet baru bagi lembu yang membolehkan ia lebih mudah menghadam makanan. Mereka menyarankan penukaran diet pemakanan daripada tumbuhan bijian kepada makanan seperti alfalfa dan sebagainya.
"Kami telah melakukan kajian awal dan mendapati bahawa menggunakan tanin, emisi metana boleh dikurangkan kepada 25 peratus," kata Silvia Valtorta dari National Council of Scientific and Technical Investigations, Argentina.
haishhh ,,, manusia oh manusia sian cek lembu to .. ahahahha .. apa nak kata ... apa komen korang ?
SUMBER : Kosmo
0 Response to "Misteri sendawa lembu "
Post a Comment