Status Palsu Perdana Menteri Tersebar | Amat memeranjatkan apabila kecoh mengenai status twitter Dato Sri Najib tersebar mengenai isu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang. Status palsu Perdana Menteri tersebar itu mula disedari pada malam tadi. Jom baca apa yang berlaku sebenarnya...
Status Palsu Perdana Menteri Tersebar
Ia berlaku apabila semua pihak kini bercerita dan berbual mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang berkemungkinan besar akan diadakan nanti, sudah timbul beberapa status palsu yang didakwa ditulis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lebih-lebih lagi, status berunsur fitnah yang mengatakan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno tidak akan meletakkan calon demi untuk mengelakkan pembaziran.
Bunyi status macam baik tetapi sebenarnya ia bukan hadir dari Facebook ataupun Twitter Perdana Menteri dan ia palsu.
Semuanya dilakukan untuk memberikan kemenangan percuma kepada calon dari Pakatan Rakyat iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah pun mengumumkan akan bertanding merebut kerusi berkenaan.
Kerusi itu kini dikatakan kosong selepas penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara tiba-tiba bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding.
Ini baru permulaan, selepas ini banyak lagi status palsu dan fitnah sebegini akan timbul dalam permainan politik moden yang menuntut kematangan berfikir di tahap tertinggi.
Kilang fitnah akan mula beroperasi 24 jam tidak lama lagi.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO, BN bersedia meletakkan sesiapa sahaja calon bagi menghadapi Anwar pada pilihan raya itu.
Muhyiddin berkata, perkara berkaitan calon akan dimuktamadkan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya membuat keputusan bahawa kerusi DUN Kajang benar-benar kosong selepas perletakan jawatan Lee.
Nota: Apa kata anda?? Siapa sebenarnya yang terdesak disini? Mengapakah fitnah seperti ini harus disebarkan??? Kita mahukan keamanan bukan kekecohan.
Artikel dipetik daripada Mynewshub.
Sekian,
Terima kasih.
0 Response to "Status Palsu Perdana Menteri Tersebar"
Post a Comment