Kerajaan lancar kad pengenalan seragam penjawat awam

haa .. Info terbaru .. hari ni kerajaan telah umumkan untuk melancarkan kad pengenalan seragam bersekuriti tinggi untuk penjawat awam yang mungkin lebih memudahkan korang lah yang berkerja dengan kerajaan.. Baca selanjutnya



 Kerajaan hari ini melancarkan kad pengenalan seragam bersekuriti tinggi untuk semua kakitangan kerajaan sebagai langkah mengelakkan penyamaran dan pemalsuan dokumen pengenalan penjawat awam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun semasa melancarkan kad itu di sini berkata, selain menyimpan data peribadi dan rekod penjawat awam, kad itu menggunakan teknologi ID forensik untuk mengelakkan kecurian dan pemalsuan identiti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, kad yang dibangunkan secara bersama oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan S5 Systems Berhad itu dilengkapi 35 ciri keselamatan dan menggunakan teknologi NexCode, Contactless Chip dan Biometric untuk mengesan identiti individu.
Kad itu juga mempunyai potensi untuk diperluaskan penggunaannya bagi urusan perniagaan dan perbankan pada masa depan, dan juga untuk mendapatkan keistimewaan khas penjawat awam seperti potongan harga penginapan hotel, katanya.
Tambahnya, kad itu kini digunakan oleh 650 kakitangan SPA, dan akan diperluas penggunaannya kepada kakitangan kementerian dan agensi lain secara berperingkat, terpulang kepada kesediaan mereka menggunakannya.

Kerajaan melancarkan kad pengenalan seragam bersekuriti tinggi ini mungkin ini menjaga keselamatan atau kebajikan kakitangan nya kot .. apa2 kerajaan lakukan pasti buat yang terbaik untuk korang betul tak ?
Sumber Dipetik dari : Bernama

0 Response to "Kerajaan lancar kad pengenalan seragam penjawat awam"

Post a Comment