Assalammualaikum dan salam sejahtera.. hari ni admin akan kongsi kan beberapa tips tentang penjagaan anak atau mendidik anak dengan cara islam .. pasti ramai yang masih belom tahu kan ? meh admin kongsikan :
Mendidik Anak seharusnya kita berikan semenjak anak masih dalam kandungan lagi. Islam amat menitik beratkan dalam hal memberikan pendidikan sejak dari dalam kandungan sampai anak mencapai usia dewasa. Pemahaman agama yang baik akan banyak mempengaruhi dalam hal pembentukan akhlak dan peribadi mulia seorang anak kelak nanti.
Islam memperkuat pandangan perlunya pendidikan sebelum kelahiran bermula dari sejak sebelum terciptanya janin. Ha ini dibuktikan dalam Al-Quran dalam beberapa surah, diantaranya:
Penciptaan janin harus berasal dari pasangan yang sah. Bukan hubungan perzinahan. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”(Surah Al-Isra’ 17:32)
Dalam melakukan hubungan hendaklah dimulai dengan doa, agar dijauhkan dari syaitan.
Setelah terjadinya proses nuthfah (sperma), berlanjut menjadi ‘alaqah dan kemudian mudghah (segumpal daging). Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” (Surah Al-Mu’minun 23:12-14)
Maka bermulalah kehidupan seorang anak di dalam rahim ibu.
Dari tahap ini, ada beberapa hal yang harus dilakukan oleh ibu, ibu adalah guru pertama seorang anak untuk mendidik anak dalam kandungan.
Cara mendidik anak dalam kandungan secara Islam dapat dilakukan dengan berbagai cara. Berikut adalah pendidikan anak dalam kandungan, antaranya ialah:
- Membaca Al-Quran
Fungsi pertama yang paling banyak digunakan bayi dalam kandungan adalah fungsi pendengaran, oleh itu biasakan bayi dalam kandungan mendengar Al-Quran.
- Membacakan Doa
Berdoa agar mendapatkan anak soleh dan solehah, seperti doa Nabi Zakaria yang disebut dalam Al-Qur’an surat Ali Imran : 38 yang bermaksud:
“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa..” (Surah Ali Imran 3:38)
Ada juga doa Nabi Ibrahim yang disebut dalam Al-Quran surat As-Shaafaat :100 dan An Nahl :78. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (Surah As-Saaffaat 37:100)
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Nahl 16:78)
- Bercakap Dengan Bayi
Selalulah bercakap dengannya walaupun dia belum lagi lahir. Komunikasi dengan cara ini dapat merangsang lagi pertumbuhan otaknya. Ceritakan padanya apa yang sedang anda perbuatkan setiap hari seperti melakukan amal ibadah, cara ini akan mendedahkannya pada suara anda dan membantu anda mengajar tabiat bercakap dengannya apabila dia lahir nanti.
- Menjaga Perilaku
Menjaga perilaku sangat penting ketika hamil, kerana akhlak ibu bapa sangat berpengaruh terhadap akhlak anak-anak.
Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah
Contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama penyuluh buat segenap manusia. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, antaranya adalah :
1. Umur anak-anak 0-6 tahun.
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Berikut merupakan antara cara mendidik anak mengikut sunah Rasulullah s.a.w .. Nanti korang boleh contohi ye :)
0 Response to "Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w"
Post a Comment