Inilah Lelaki Yang Cuba BAKAR Bekas Kekasih, Dua Anaknya Hidup-Hidup Di Setapak!



Assalammualaikum semua,
Berita ni agak pelik .. dia ni takde perikemanusiaan ke ? apalahh sanguup nak bakar .. :(
Jom baca selanjutnya

Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tiga tuduhan cubaan membunuh seorang janda dan dua anak wanita itu, minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Afizi Abdul Rahman, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Ahmad Bache.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba membunuh Saliza Saidin, 29, dan dua anaknya, Nur Iris Qalisya Mohd Shahril, dua tahun dan Nur Fazana, dua bulan dengan cara membakar mangsa.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di alamat Blok H-08-07 PPR Desa Rejang, Setapak Jaya, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 21 Januari lalu.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Apalah salah wanita dan budak tersebut sampai dia nak bunuh .. tak kesian ke .. urmmm .. harap taknak lah pekara macam ni berlaku lagi 

SUMBER : Mynewshub

0 Response to "Inilah Lelaki Yang Cuba BAKAR Bekas Kekasih, Dua Anaknya Hidup-Hidup Di Setapak!"

Post a Comment