Lelaki Ni tak Pernah Mandi Selama 80 Tahun


LELAKI ini berusia 80 tahun dan dia beranggapan ‘kebersihan itu akan mendatangkan penyakit’. Kerana itulah, dia yang dikenali dengan nama Amour Haji tidak pernah mandi sepanjang 60 tahun lalu.
Haji tinggal di sebuah kawasan terpencil di Kampung Dejgah, selatan Iran di wilayah Fars.
Dia tidak suka jika badannya terkena air, malahan jika dia dicadangkan mandi pun akan menyebabkan Haji marah.

Setelah sekian lama, warna kulit Haji sudah seakan sama dengan warna tanah di muka bumi. Dia berjaya menjadi sebati dengan alam semulajadi.

Jika Haji berdiri tegak dan tidak bergerak, orang akan menyangka yang dia hanyalah sebuah patung batu.

Haji bukan sahaja tidak menyukai untuk mandi, dia juga tidak memakan makanan yang elok dan segar malahan tidak meminum air yang bersih.

Dia suka memakan daging landak yang sudah busuk dan meminum air sebanyak lima liter sehari tetapi daripada tin minyak yang sudah berkarat.pemotong rambutnya tetapi dia akan membakarnya pada api.
Bagi Haji, bumilah rumahnya, dia tinggal di dalam sebuah lubang di dalam tanah. Sesekali, Haji akan tidur di pelantar diperbuat daripada batu bata yang dibina oleh orang kampung yang kasihan dengan keadaannya.
Menurut penduduk kampung, beberapa konflik emosi dihadapi Haji sehingga ketika zaman mudanya menjadikan hidupnya seperti ini sekarang.

Bagaimanapun, para penduduk kampung melihatnya seperti lebih gembira dan bahagia sekarang daripada orang lain yang dipenuhi kemewahan dan kemudahan moden.


Haji bukanlah seorang sahaja di dunia yang bencikan untuk mandi. Seorang lelaki di India, Kailash Sing juga membenci mandi dan dia tidak pernah mandi dalam tempoh 38 tahun.

Sumber : MyNewsHub

0 Response to "Lelaki Ni tak Pernah Mandi Selama 80 Tahun"

Post a Comment