Asalammualaikum semua admin akan kongsikan beberapa cerita menarik tentang di jepun .. Malaysia takde ni .. nak tahu baca selanjutnya
Ada beberapa perkara asas yang membezakan antara cybercafe disana dibandingkan dengan disini iaitu:
1. harga (mahal sangat),
2. kelajuan (sangat cepat),
3. keperluan (bukan cuma untuk internet).
Bercakap tentang harga, seperti biasa apa yang murah di sana? :-) Lama sewa mulai dari 15 minit sampai setengah hari dengan kos rata-rata sekitar 500 Yen (sekitar rm15) untuk 15 minit dan 1500 Yen (rm50) untuk 7-9 jam.
Internet cafe di Jepun juga kebanyakan tidak hanya sekadar tempat untuk ber-internet tetapi juga biasanya kita boleh membaca buku komik (manga) secara percuma dengan koleksinya yang sangat banyak.Dan bercakap mengenai tempat itu sendiri, mereka biasanya membahaginya dalam 2 bahagian iaitu bilik terbuka dan bilik tertutup untuk privasi dengan bentuk bilik-bilik kotak (cubicles).Dan bergantung pada permintaan, kita boleh memilih untuk satu bilik boleh diisi 1 orang, 2 orang atau lebih dari 2 orang. Dan kadang, mereka juga menyiapkan 2 komputer dalam satu bilik.
Sebahagian besar bilik tersebut sudah dilengkapi dengan pelbagai macam alat, mulai dari komputer itu sendiri, webcam, mic dan juga TV untuk menonton.
Bagi anda yang perokok seperti kami, jangan bimbang mereka juga menyediakan tempat bagi para perokok, lihat saja foto di bawah, itu ada asbak kan??
Berikut merupakan beberapa gambar yang dapat admin kongsikan lah .. sangat menarik ekk ? hahah
Sumber : tabekpuang
0 Response to "Dalam Cyber Cafe Di Jepun"
Post a Comment