Kucing Ini Dipanah Seseorang Yang Tidak Berhati Perut | Kita tahu bahawa kucing merupakan haiwan kesayangan nabi kita .. admin pon sayang kucing. Ni adalah manusia yang tidak berhati perut sampai sanggup nak memanah kucing ni. Adakah kucing ni bersalah ? takkan lah kalau curi ikan ke nakal ke sampai nak panah begini.. Sedih admin tengok. baca kisahnya :
Kucing Ini Dipanah Seseorang Yang Tidak Berhati Perut
Amerika Syarikat – Sebatang anak panah sepanjang 38 sentimeter menusuk dekat bahagian kanan kepala seekor kucing di sini. Datuk Bandar Norwich, Peter Nystrom menemui kucing itu di anjung sebuah rumah di sini pada Isnin lalu.
Beliau kemudian menghubungi polis. Seorang pegawai sebuah agensi kawalan haiwan kemudian menghantar kucing tersebut kepada seorang pakar bedah haiwan, Kathleen Tangari. Pakar itu kemudian mengeluarkan anak panah tersebut menerusi pembedahan di sebuah hospital haiwan.
Menurutnya, anak panah itu tidak mengenai paru-paru dan jantung haiwan tersebut.
Beliau berkata, anak panah tersebut sudah berada pada kucing yang bernama Elliot itu selama dua hari.
Tisu-tisu yang mengelilingi anak panah dalam badan haiwan itu telah menghalang banyak darah keluar sekali gus mengelak kucing tersebut daripada mati.
Kucing itu dipercayai sengaja dipanah oleh seseorang yang menjadikan haiwan tersebut sebagai sasaran latihan memanah
Subhanallah. Bangang ke apa mereka ni. Sampai sanggup jadikan kucing ni sasaran mereka. sedih admin tengok.. Walaupun dia hanya haiwan tetapi dia tetap mempunyai nyawa. Semoga Allah memberi pembalasan kepada sesiapa yang merlakukan ni. :(
Sumber Asal : MelayuKini
0 Response to "Kucing Ini Dipanah Seseorang Yang Tidak Berhati Perut"
Post a Comment