HAahhahaha.. Macam-macam hal lahh skarang ni ... baca selanjutnya...
SEORANG penumpang syarikat penerbangan Australia, Jetstar menuntut wangnya dikembalikan kerana pengalaman ‘ngeri’nya selama empat jam menaiki pesawat, baru-baru ini.
Rich Wisken melalui suratnya kepada Jetstar berkata, krew kapal tersebut tidak membantunya sepanjang penerbangan apabila dia terpaksa duduk bersebelahan dengan seorang lelaki gemuk.
Akibatnya, dia berasa tidak selesa sedangkan dia sudah membayar lebih wang untuk ruang tempat duduk yang lebih luas.
Menurutnya, dia telah bertanya kepada beberapa pramugari sama ada boleh menukar tempat duduk, namun pertanyaannya seolah-olah tidak dipedulikan apabila mereka terus berborak sesama sendiri.
“Saya kemudian bertanya lagi sekali adakah saya boleh duduk di salah satu daripada enam kerusi di bahagian belakang. Salah seorang daripada mereka berkata, tempat duduk itu hanya untuk krew sahaja sambil ketawa,” jelasnya.
Rich mendakwa, dia telah mengalami penderitaan dari segi mental dan kesakitan fizikal atas apa yang berlaku dan mahukan semua wangnya dikembalikan oleh syarikat itu.
“Belakang tubuh saya masih sakit dan saya terpaksa menaip surat ini dengan sebelah tangan sahaja. Saya mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada impian untuk menyertai Pertandingan Dunia ‘Air Guitar’ jika masih belum sembuh lagi. Jika ia berlaku, anda perlu membayarnya.
“Anda boleh email atau ‘Tweet’ kepada saya jika mahu berbincang mengenai pakej denda,” katanya melalui surat tersebut.
Urmmm .. kadang2 admin pon rasa kesian gak tengok orang obesiti ni .. kan admin ada bagi cara untuk mengelakkan penyakit obesiti ni .. cuba cari balik .. InsyaAllah berguan :)
0 Response to "Penumpang Tuntut Pampasan, Terseksa Kerana Lelaki Gemuk"
Post a Comment