Lelaki Yang Dahagakan Darah Dan Daging Orang Islam!

Assalammualaikum semua ,
Subhanallah .. Kejam nya mamat ni sanggup makan daging dan minum darah orang ISLAM .. Nak tahu sebab apa dia buat macam ni ? Jom baca selanjutnya


REPUBLIK AFRIKA TENGAH – Kurang ajar dan gila. Mad Dog atau nama penuhnya Ouandja Magloire sememangnya adalah manusia sakit otak yang sanggup makan daging manusia demi membalas dendam terhadap pembunuhan isteri, anak dalam kandungan dan kakak iparnya.
Dia mendakwa orang Islam bertanggungjawab dalam pembunuhan itu dan akan membalas dendam.
Ini juga merupakan perbuatan makan daging manusia yang kedua dilakukan oleh Mad Dog..
Meskipun kali ini dia tidak terlibat membunuh dua penduduk Islam di situ, namun dia telah dirakamkan menjilat pisau yang dipenuhi darah itu.
Manakala dua penduduk  Islam yang lain pula, telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.
Imej menakutkan dan menjijikkan itu dirakamkan di Bangui pada Ahad lalu.
Nasib  baik dua penduduk Islam yang lain berjaya diselamatkan oleh tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari Perancis dan Afrika.
Menurut sumber, hanya Mad Dog dikenal pasti sebagai individu makan orang di negara bergolak itu dengan mangsa pertama adalah penduduk Islam yang dibunuh dalam bas, beberapa minggu lalu.
Dalam kejadian pada 13 Januari itu, Mad Dog tanpa emosi memberitahu BBC: ‘Saya curah minyak tanah ke atasnya. Saya bakar dia. Saya makan kakinya iaitu kaki kanan hingga ke tulang putih,’’ katanya yang bangga dengan perbuatan itu.
Perbuatan makan orang ini mengingatkan kembali kepada pemerintah Republik Afrika Selatan, Jean Bedel Bokassa pada 1966 dan 1979.
Selain seorang diktaktor, Jean juga dituduh makan daging manusia dalam hidangannya dan memberi makan daging penentangnya kepada binatang.
Koleksi beberapa Gambar 



Semoga Allah balas lah kekejaman yang mamat cilako ini buat .. Kurang asam betul .. sapa tak marahkan .. cuba lah jaga kehormatan agama orang lain juga ..

SUMBER : Mynewshub

0 Response to " Lelaki Yang Dahagakan Darah Dan Daging Orang Islam!"

Post a Comment