Peraduan Gambar Kucing Akhbar Tempatan Kejam
Peraduan Gambar Kucing Akhbar Tempatan Kejam |Tersentuh hati admin apabila tengok gambar ini. Baca selanjutnya.
Peraduan Gambar Kucing Akhbar Tempatan Kejam
Gempar hari ini apabila Kelab Kucing Malaysia meminta Harian Metro memberi penjelasan mengenai foto yang dipilih sebagai pemenang dalam sebuah peraduan kongsi gambar akhbar itu pada Isnin, yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak ketawa bersama seekor kucing yang ditanam hingga paras kepala.
Dalam emelnya kepada Astro AWANI, Presiden kelab tersebut Khalid Rashid atau dikenali sebagai Pak Rashid berkata, ianya sangat melampau walaupun tujuannya adalah untuk bergurau.
“Melampau sangat walaupun tujuannya bergurau tapi banyak benda lain yang boleh dijadikan bahan gurauan bukan bergambar seperti ini.
“Ini namanya menyeksakan haiwan dan bukanlah satu yang melucukan tapi menyedihkan,” katanya. Pak Rashid turut mempersoalkan tahap pemikiran pengadil yang memilih gambar tersebut kerana tidak berfikir akan baik dan buruknya gambar tersebut.
Mengakhiri kenyataan itu, Pak Rashid yang mewakili ahli-ahli Kelab Kucing Malaysia dan para peminat kucing meminta agar pihak akhbar memberi penjelasan kenapa gambar tersebut sangat istimewa sehingga sanggup dikeluarkan di dalam akhbar.
Kelab tersebut turut memberi pandangan agar pihak berkenaan memohon maaf kepada pencinta haiwan sedunia.
Harian Metro pada Isnin melalui sisipan Variasi mempamerkan gambar tiga kanak-kanak beraksi dengan wajah kelakar bersama seekor kucing yang ditimbus dengan pasir sehingga ke paras kepala.Pertandingan tersebut mengkehendaki peserta menghantar foto yang mempunyai nilai berita dan pemenang diberikan RM50 dalam bentuk kredit, lapor Astro Awani.
Admin harap perkara seperti ini tidak berulang lagi dan jangan terlepas pandang isu yang berkaitan dengan isu yang menimbulkan kemarahan pecinta kucing.
0 Response to "Peraduan Gambar Kucing Akhbar Tempatan Kejam"
Post a Comment