NABILA HUDA RAYU AMY SEARCH AGAR TIDAK "MEROSAKKAN HIDUPNYA"


nabila amy1
Kisah Nabila dan Amy search bapanya nampaknya semakin tidak baik dan berbalah sesama sendiri tanpa ada perbincangan meja kopi . Nabila huda , atau lebih selesa abil kini lebih berani tampil dengan kontroversinya yang berlarutan satu demi satu . 


Terbaru dalam sekitar minggu lepas ,  kecoh dengan isu Amy Search ‘mengamuk’ dan memaki anaknya, Nabila Huda dengan kata-kata kesat gara-gara anaknya  itu berkongsi gambar percutiannya bersama kekasih di luar negara. Komen Amy menerusi Instagram Nabila terpampang perkataan yang kesat seperti p*k**** dan dia dilihat seolah-olah sudah hilang sabar dan berang dengan sikap Nabila yang sengaja mencetuskan kontroversi.

Mendapat perhatian media apabila dua beranak itu berbalas "serangan" apabila Abil berkomunikasi dengan bapanya itu melalui Twitter sebaik sahaja cerita mengenai dia dimaki bapanya di Instagram mula menjadi bualan umum dengan cepatnya .
Dibawah adalah antara petikan luahan Nabila Huda di Twitter:
nabila huda rayu amy search tidak musnahkan hidupnya sekali lagi di twitter

“Pa,Pls explain and fix the things that you’ve created.Im beggin you pls.Fix it.You’re ruin my life once again. @AkuAmySearch”.“Please la respect sikit. Penat aku keje. I need a break. Tolongla respect”.“Aku tengah holiday ni.Dah berapa tahun ni aku keje simpan duit baru ada masa nak pergi holiday.Apa yang korang merepek ni kt blog semua ni?”
Nabila yang kini sedang bercuti dengan jejaka yang dipercayai teman lelaki barunya itu turut memohon umum agar menghormati dirinya yang ingin bercuti setelah penat bekerja. Dia juga berharap umum tidak menggembar gemburkan lagi cerita ini dan berhenti berbicara mengenainya.
P.Malam rasa cara pendekatan yang digunakan amy search itu sememangnya salah kerana itu lebih membuatkan anaknya lebih liar dan sukar untuk dibawa berbincang . Nabila pula seakan hilang hormat terhadap diri sendiri , apatah lagi hormat kepada orang lain (bapanya) . Pun begitu , sama-sama kita doakan agar kemelut berpanjangan dua beranak ini dapat diakhiri dengan satu detik manis .

0 Response to "NABILA HUDA RAYU AMY SEARCH AGAR TIDAK "MEROSAKKAN HIDUPNYA""

Post a Comment