Bermula Semalam Harga Produa Viva Diturunkan Sebanyak Rm5,300 | Pastinya berita ini ramai orang suka apabila harga kereta Viva mula diturunkan lagi sebanyak Rm5,300 berkuatkuasa semalam. baca selanjutnya
-
Bermula Semalam Harga Produa Viva Diturunkan Sebanyak Rm5,300
Perodua mengurangkan harga atas jalan semua varian Viva sehingga RM5,300, berkuat kuasa hari ini, di semua 181 premis jualannya di seluruh negara.
Dalam satu kenyataan, Perodua berkata ia juga akan memberi bonus tunai RM800 kepada mereka yang menempah Viva mulai hari ini hingga 31 Ogos.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata selain habuan itu, pelanggan juga disediakan pakej perkhidmatan percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua.
"Pengurangan harga itu dibuat hasil inisiatif penjimatan kos kami yang dilaksanakan sejak 2011.
"Harga baharu ini akan turut membantu pengguna lain di seluruh negara untuk memiliki kenderaan mampu milik serta berkualiti tinggi, terutama menjelang Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Merdeka, kata Aminar Rashid kepada media.
Nota : Lepas ini korang dah boleh mula beli dah kereta ni harga pun dah berpatutan sangat dah ni. Memang mampu milik.
Sumber
0 Response to "Bermula Semalam Harga Produa Viva Diturunkan Sebanyak Rm5,300"
Post a Comment