PROTON Mesti Pertingkat Harga Kereta



PROTON Mesti Pertingkat Harga Kereta | Berikut kata-kata Tun Dr Mahathir supaya meningkatkan teknologi dalam negara. Baca selanjutnya adakah anda bersetuju kalau harga kereta Proton naik ?
-

PROTON Mesti Pertingkat Harga Kereta

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan kerajaan tidak seharusnya menurunkan harga kenderaan sehingga mengabaikan usaha meningkatkan mutu kereta nasional.

Katanya, langkah tersebut menunjukkan kerajaan tidak begitu memahami kepentingan dalam meningkatkan teknologi dalam negara.

"Malangnya kerajaan sekarang kurang celik terhadap betapa pentingnya kita mengeluarkan teknogi sendiri.

"Dengan teknologi ini kita dapat wujudkan pekerjaan untuk rakyat, adakan industri sokongan dan seterusnya tingkatkan pendapatan untuk capai tahap negara maju,
" katanya.

Beliau menyampaikan ucaptama dalam satu bengkel anjuran Human Life Achievement Foundation (HLAF) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Mahathir yang kembali menerajui PROTON berkata beliau akan memastikan syarikat itu kembali berdaya saing tetapi mahu kerajaan membantu industri tersebut.

Beliau memberi contoh Korea Selatan yang membantu syarikat persendirian seperti Hyundai satu ketika dulu untuk memastikan industri kereta mereka mencapai tahap dunia seperti sekarang.

"Mereka (kerajaan) lupa 28 peratus keuntungan Protom akan kembali kepada kerajaan.

"Sebelum ini kita (PROTON) dilabel sebagai pembuat kereta murah.

"Kami mahu keluarkan kereta bertaraf dunia tetapi kita harus tingkatkan  harga,
" kata beliau kepada Malaysiakini


Nota : Pada pendapat admin jual lah murah pada rakyat sendiri atau warganegara Malaysia. Kalau di luar negara itu baru lah jual mahal kan ? Ini hanya pendapat admin sahaja.

Sumber

0 Response to "PROTON Mesti Pertingkat Harga Kereta"

Post a Comment