Semakin hari semakin ramai ditipu dengan pembelian internet atau online ini. Mungkin kerana pembeli kurang ilmu pengetahuan & kelemahan penguatkuasaan undang serta sistem online yang lemah.
Pengguna zaman moden kini suka membeli belah secara online kerana ia mudah & jimat masa berbanding kalau nk shoping windows...
Namun , tidak kurang juga kepada peniaga online yang ditipu oleh pembeli . Menyatakan bahawa sudah bankin duit ke dalam akaun sekian masa dan waktu serta memberi slip transaksi , Peniaga PERCAYA TANPA CEK sebab terlalu banyak transaksi , katanya lahhh kan ..
Terbaru ,
Hampir tertipu dengan pembeli online , seorang seller mengupload gambar slip transaksi Maybank yang dihantar kepadanya . Nilai yang tertera RM435 , memang nilai yang banyak .
Namun , dalam kepandaian mengedit , yang tak boleh diterima nya RM5 dimasukkan dalam cash deposit machine ? Huhuhu , mana ada bank terima RM5 utk CDM . Kan dah kantoi ..
Nasihat p.malam , yang berniaga online hati-hati dan lebih peka dengan transaksi duit anda ,
yang pembeli online jangan sakai sangat nak menipu , lepas dunia akhirat ada .
Kalau lah yang ditipu tu beli makanan , jadi darah daging kamu juga . :3
AWAS ! ANDA DIPERHATIKAN ALLAH .
0 Response to "PEMBELI BARANGAN ONLINE TIPU RESIT MAYBANK KANTOI "
Post a Comment