Allahuakbar , sedih rasanya hati P.Malam mengenang seminggu ini sebelum puasa 2014 , newsfeed facebook penuh dengan berita penderitaan adik OKU firdaus anak Lola .
Belum pun mendapat jawapan , sekali lagi anak istimewa mendapat perhatian masyarakat . Kali ini tidak dikeji atau dicaci , tapi bersimpati dengan luahan si ibu .
Berikut luahan Khairun Darwani Khairuddin :
Me and my Angel...sesak dgn news feed bkenaan bantuan yg kjaan sediakan utk anak2 OKU. Betapa masyarakat dibutakan dgn kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan rm300. Ini hakikat yg sebenar wahai semua...bantuan itu akan disaring, aku yg hanya kerani dan suami seorg atendan hosp pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yg layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang2nya 8x sebulan...sesuatu yg agak tidak logik diakal bagi anak OKU yg terlantar utk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yg severe sama seperti Angel. Ada parents yg tak mendapat kebenaran utk keluar waktu bekerja 2x seminggu...mungkin kerana boss yg x memahami, rakan sekerja yg busuk hati. Bantuan bagi yg layak ditolak dihitung...akhirnya hanya layak rm50. Ada pula yg bcakap mengenai kelas pndidikan khas. Hello hanya utk yg boleh menguruskan diri...anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..mkn pun bersuap, kencing berak dibasuh....so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah. Andai kjaan dh umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak2 ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan utk mereka...bukan utk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas...gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yg bergelut seharian...syukur Allah masuh memberikan kami hidayah utk menjaga anak2 syurga ini seadaanya....
Diharap dengan viralnya berita sebegini , pihak berwajib yang diamanah memberikan bantuan , bantulah mereka . Mereka tidak mahu dilahirkan begitu , tapi itulah ketentuan Allah . Tidak dapat pada kita , mana tahu Allah uji kita kemudian hari .
** SHARE , LEBIH RAMAI BACA LEBIH RAMAI PRIHATIN DAN LEBIH RAMAI MANUSIA MENGHARGAI KEHIDUPAN HARI INI **
0 Response to "REALITI KEHIDUPAN ANAK OKU DILUAH IBU "
Post a Comment