Penipuan Sindiket Percutian Guna Nama Air Asia | Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak sindiket percutian kononnya memberikan tiket penerbangan Air Asia percuma, namun sebenarnya mereka hendak menipu. Berhati-hatilah... ayuh baca laporan ini agar mengelakkan kita daripada tertipu.
-
Penipuan Sindiket Percutian Guna Nama Air Asia
KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia meminta orang ramai berhati-hati dengan kegiatan sindiket penipuan yang mengunakan nama syarikat itu untuk memperdaya mangsa mereka melalui e-mel.AirAsia dalam satu kenyataan media memberitahu, modus operandi sindiket itu dengan menghantar e-emel palsu kepada orang ramai berhubung tawaran ‘AirAsia X KLIA 2 Tambang Promosi Hebat’ yang kononnya oleh AirAsia.
“Kami mendapati penipuan e-mel sering diterima orang ramai yang menjanjikan hadiah wang tunai lumayan daripada organisasi yang mendakwa berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Kami menasihatkan orang ramai ini adalah satu penipuan yang menggunakan jenama AirAsia X dan AirAsia. Kami menasihatkan orang ramai mengabaikan jemputan itu dan AirAsia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan membabitkan skim palsu,” tegas kenyataan itu hari ini. Sehubungan itu, AirAsia melahirkan kekesalan kerana jenama AirAsia berulang kali disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan niat memperdaya dan menipu orang ramai.
Namun, kata kenyataan itu, AirAsia sentiasa mengingatkan orang ramai tentang penipuan seperti itu dan meminta mereka tidak menerima sebarang tawaran daripada pihak ketiga yang mendakwa wakil AirAsia.
Jelas kenyataan itu, AirAsia tidak pernah menggunakan khidmat pihak ketiga dalam menganjurkan sebarang aktiviti dan sebarang pengumuman aktiviti melalui saluran rasmi seperti media massa dan media sosial rasmi syarikat itu.
Justeru, kata kenyataan itu, syarikat penerbangan tersebut tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim palsu dengan menggunakan jenama AirAsia.
“Jika ada sebarang keraguan atau untuk melaporkan penipuan yang disyaki menggunakan jenama AirAsia, orang ramai boleh menghubungi AirAsia melalui facebook.com/airasia, twitter.com/airasia atau airasia.com/ask,” kata kenyataan itu.
Rujukan: mynewshub.my
0 Response to "Penipuan Sindiket Percutian Guna Nama Air Asia"
Post a Comment