RAHSIA SEBENAR KELUARGA PN LOLA DIDEDAHKAN SUAMI KEDUA

Kes berlanjutan , seorang demi seorang ahli keluarga terdekat tampil meberikan penjelasan , namun masih tiada jawapan kukuh yang boleh diterima akal 

MENGAPA DILAKUKAN SEDEMIKIAN TERHADAP ANAK ITU 


Terkini , bapa tiri kepada adik firdaus tampil memberikan cerita disebalik kehidupan mereka , dimana
umumnya  mengetahui bahawa ayah kandung Lelaki Kelainan Upaya [OKU] iaitu Muhammad Firdaus Dullah, 15, suami kepada puan Lola sudah pun meninggal dunia.

Puan Imashima  Lola sebenarnya telah berkhawin dan mempunyai suami baru yang bernama Abdullah yang berusia dalam lingkungan 40-an.

Menerusi Harian Metro hari ini, Abdullah berkata:

"Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkhawin 10 tahun yang lepas".

"Sebelum berkhawin, Lola memberitahu saya dia mempunyai seorang anak yang juga OKU.

"Sejak berkhawin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak Nilai kerana saya merahsiakan perkhawinan ini kepada isteri pertama".

"Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab untuk memberi wang kepada Lola setiap bulan untuk perbelanjaannya termasuk Muhammad Firdaus Dullah".

Perkhawinan ini sebenarnya rahsia Abdullah daripada isterinya yang pertama. Abdullah yakin bahawa Lola tidak mendera anaknya .

Tapi yang masih menjadi tanda tanya ,
 
MENGAPAKAH ANAK ITU DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN? 

Sudahlah gaji pun dipertikaikan , suami pula ada memberi wang poket setiap bulan buat Lola dan juga adik firdaus . Pelik sungguh kes ini kerana cerita makin berputar dan makin mengusutkan . Lebih mengusutkan komen-komen di profile Lola sendiri . Rasa semuanya mengambil perhatian terhadap kes ini sebab bentuk penganiayaan terhadap OKU . P.Malam pun tidak mahu ketinggalan macam detektif conan . hahaha .

 Apapun semoga Firdaus cepat sembuh dan sihat comel serta perkara ini tidak berulang lagi dan nasib mereka sekeluarga berubah lebih baik .
Masyarakat jangan cemuh Lola , setiap yang berlaku ada hikmahnya . 

P/S: Jika anda menyukai artikel ini, jangan lupa tekan butang share di bawah.

0 Response to "RAHSIA SEBENAR KELUARGA PN LOLA DIDEDAHKAN SUAMI KEDUA"

Post a Comment