Bahaya Minuman 3 In 1


Bahaya Minuman 3 In 1 | Admin ini berkongsi kepada anda semua bahaya minuman segera 3 in 1.
-

BAHAYA MINUMAN 3 IN 1

Ramai di antara kita yang gemar menggunakan minuman 3-in-1. Keadaan sekeliling juga mempengaruhi penggunaannya. Mudah dan cepat untuk menyediakan minuman sarapan pagi mahupun berada di pejabat. Tidak perlu menyediakan gula, susu, milo dan lain-lain. Hanya membeli paket 3-in-1 sudah memadai untuk menyediakan minuman anda. Terlambat untuk ke pejabat atau kuliah. Anda hanya menggunakan 3-in-1 dan sudah siap bersarapan dengan segera. Adakah anda sedar bahawa minuman 3-in-1 adalah bahaya.

Antara bahaya-bahayanya ialah :

* Mengandungi lebih tiga sudu teh dalam setiap pek.

* Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.

* Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.

* Mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

* Mengandungi kalori sehingga 200 kalori dalam setiap pek yang  sama dengan sepinggan nasi atau 2 keping roti.

* Jika diambil berlebihan (3 pek) boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Dengan adanya packet 3-in-1. Rakyat Malaysia menjadi semakin mudah untuk membancuh air dan juga menjadi malas untuk menyediakan minuman seawal yang mungkin.

Berikut adalah antara tanda-tanda dan kesan-kesan pengambilan minuman 3 in 1 yang dapat dikenalpasti :

- Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca, tiba-tiba jantung /dada berdebar dengan laju. Apabila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.

- Kerap merasakan kesakitan pada dada.

- Sering tercungap-cungap dan kadang-kala sewaktu sembahyang pun boleh tercungap-cungap.

- Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

- Tapak tangan semakin basah.

Perkara-perkara yang perlu dielakkan berdasarkan minuman 3 in 1 :

# Elakkan daripada meminum Nescafe yang merosakkan buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat daripada selain susu (non-dairy creamer).

# Elakkan daripada mengambil coffee mate kerana ia adalah non-dairy creamer.

# Elakkan memakan ais-krim kerana ia mengandungi krimmer yang tinggi.

# Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer selain susu.

0 Response to "Bahaya Minuman 3 In 1"

Post a Comment