AKHIRNYA FLEXIA YEAP SAHKAN BAKAL PELUK ISLAM JULAI INI

Penampilan Felixia Yeap di ABPBH 2013 mengejutkan artis seksi lain
Selepas mengenakan hijab , ramai yang ternanti-nanti agaknya bila gadis comel cina ini akan menganuti agama islam? Flexia Yeap mengesahkan bakal memeluk Islam pada Julai ini
Bekas model majalah Playboy, Flexia memberitahu Harian Metro dia memilih Julai sempena hari lahirnya pada bulan itu serta mengambil keberkatan bulan Ramadan.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah
pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” katanya.
Apabila ditanya adakah dia ingin menukar agamanya kerana teman lelakinya yang juga seorang Melayu Islam, dia menafikan tuduhan itu dan berkata dia memeluk Islam kerana sayangkan Islam dan dia memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam.
P.Malam harap , tiada lagi yang mencungkil kisah silamnya yang lepas . Berilah si gadis comel ini kelapangan waktu dan urusannya untuk memeluki agama islam . Allah sayangkan dia , kerana itu memberi hidayah kepadanya . Kita sebagai islam harus sokong dan bantu bukan MENTERTAWAKAN / MENJADI BAHAN !
Quato dia yang admin P.Malam sangat suka dan terkena pada yang terasa :

0 Response to "AKHIRNYA FLEXIA YEAP SAHKAN BAKAL PELUK ISLAM JULAI INI"

Post a Comment