Tak Cukupkah Gaji RM2,327.81 Sebulan Untuk 2 Orang Anak?



Pelbagai tomahan dilontarkan , yelah . Berdasarkan profile facebook sahaja ramai yang menjadi hakim dan pemberita tanpa dibayar gaji . Ada yang sekadar memerhati , ada juga yang melebih-lebih makin .
Agaknya kenapa mereka boleh terlalu agresif komen ?

Terbaru ,

Menerusi akhbar Harian Metro hari ini, majikan kepada Imashima Lola 40, ibu kepada remaja orang kelainan upaya [OKU] iaitu Muhammad Firdaus Dullah mendedahkan bahawa wanita tersebut tidak pernah memberitahu kesempitan hidup yang dilalui kepada majikannya kerana dia terlalu berahsia.

Majikannya yang bernama Ahmad Reza Kamaruddin, pengurus kanan Modal Insan Brahim's Airlines Chatering [BAC] menerangkan bahawa , Lola menerima gaji kasar sebanyak RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38 berkhidmat sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun yang lalu.


Harus difahami dengan gaji sebegitu, apatahlagi hidup di bandar besar dan datang dari jauh untuk mencari rezeki, tidak mungkin mencukupi untuk menyara hidup, akan tapi pihak BAC ditempat kerjanya juga ada menyediakan khidmat pekerja kepada ahlinya. Kalau tak mampu jaga, kenapa buat macam tu? rasanya ada banyak pihak yang boleh mambantu.


Antara perbualan hangat yang diperkemaskan dengan debat pengomen facebook . 


Kat Facebook siap boleh main Candy Crush Framville , masih boleh bergaya dan bersolek tapi anak sendiri teruk diabaikan hingga kebuluran. Takkan gaji RM2327.81 tak cukup untuk menyara dua orang anak???

Apapun, semoga isu ini menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia - Selagi tidak habis siasatan dan pendedahan sebenar yang berlaku dalam keluarga ini , selagi itulah masyarakat mengorek dan memangkah sehabis-habis Imashima Lola ni , P.Malam bukan membela tapi simpati atas apa yang berlaku . Tidak hari ini , mana tahu kita terkena sebegini . Semuanya kuasa Allah .

0 Response to "Tak Cukupkah Gaji RM2,327.81 Sebulan Untuk 2 Orang Anak? "

Post a Comment