Surat Dari Gaza, Palestin : Jangan Lupakan Kami


Surat Dari Gaza, Palestin : Jangan Lupakan Kami | Admin sarankan baik korang baca surat ini. InsyaAllah berguna buat korang semua. Supaya korang tahu juga mereka hidup disana apabila ditindas disana. Baca selanjutnya

Surat Dari Gaza, Palestin : Jangan Lupakan Kami 

Ummu Taqi, seorang ummahat dari Gaza, Palestin ditemuramah oleh Islam Channel beberapa waktu lalu. Selepas wawancara, Ummu Taqi menulis sebuah surat dalam bahasa Arab yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, surat ini ditujukan kepada kaum Muslimin di seluruh dunia. Berikut isi suratnya:

Assalamualaikum,

Saudara dan saudari yang saya sayangi, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk menghantar mesej dari para muslimah di Gaza. Silakan dengarkan situasi kami dan beritahu semua orang.

Situasi yang kami hadapi sangat mengerikan namun iman kami alhamdulillah kuat, walaupun kami tidak mempunyai air, dan jika pun ada, air itu tercemar dan kami tidak mempunyai wang untuk membeli air mineral. Ketika kami mempunyai wang, para penjual air berkata bahawa terlalu berbahaya bagi mereka sendiri untuk berjalan keluar dan mendapatkan bekalan air yang baru. Kami tidak mempunyai gas, dan bahkan sama sekali tidak ada selama empat bulan terakhir. Kami memasak makanan sedikit yang kami miliki dalam api yang kami buat sendiri.

Orang-orang kami telah kehilangan semua pekerjaan mereka. Mereka menghabiskan hari-hari mereka di rumah sekarang. Suami saya seharian hanya pergi dari satu tempat ke tempat lain hanya untuk mencari air. Dia biasanya kembali dengan tangan kosong. Tidak ada sekolah, tidak ada bank, hampir tidak ada rumah sakit yang terbuka. Kami selalu sedar bahawa hidup kami sangat berisiko walaupun ada di dirumah apa lagi di luar. Mereka (Israel) memberi kami waktu malam antara pukul 1.00 pagi sampai 4:00 pagi awal hari. Pada jam itulah kami boleh keluar, dan Israel berkata "silakan cari bekalan untuk kalian," tapi itu adalah dusta.

Kami makan nasi dan roti hanya sekali dalam sehari. Daging dan susu adalah sebuah kemewahan. Mereka menggunakan bahan kimia di daerah-daerah yang berada di sempadan.

Kami diberitahu bahawa masyarakat antarabangsa berdemonstrasi di seluruh dunia. Masya Allah. Kalian pergi ke kedutaan besar dan meninggalkan rumah kalian, membuat kami merasa bahawa kami tidak bersendirian dalam perjuangan ini.

Namun kemudian, kalian boleh pulang ke rumah dan mengunci pintu rumah kalian. Kami tidak boleh melakukan itu. Saya harus meninggalkan rumah saya di tingkat dua setiap malam dan tinggal dengan kakak saya di tingkat bawah. Jika ada serangan dari tingkat bawah, kami boleh pergi lebih lebih cepat.

Ya, kami letih. Ketika kami mendengar roket dan bom dan melihat pesawat yang terbang terlalu dekat dengan rumah kami, saya berteriak dengan anak saya yang masih kecil dan suami saya merasa tak berdaya.

Dalam semua ini tidak ada satu pun selain Allah (swt) yang dapat menyelamatkan kami. Tetapi ummah juga bertanya-tanya di mana tentera, di mana kemenangan itu? Jangan lupakan kami kerana kalian semualah yang kami miliki sekarang. Sumbangan kalian sama sekali tidak sampai kepada kami, dan ketika Israel membuka perbatasan, sumbangan itu hanya untuk beberapa gelintir saja. Teruslah beramal kerana Allah dan berdoa bahawa kemenangan akan segera datang, insyaAllah.

Nota : harap korang dapatlah hayati lah cerita ini. Mereka disana di tindas oleh Yahudi Laknat itu. Apapun kita berdoalah supaya mereka akan rasa hidup aman dan damai disana suatu hari nanti.

0 Response to "Surat Dari Gaza, Palestin : Jangan Lupakan Kami "

Post a Comment