Tindakan Azhar itu mengundang kritikan dari ramai peminat kerana dianggap terlalu menyebelahi anaknya dan bertindak tanpa usul periksa. Pada mereka, Azhar sewajarnya siasat dahulu apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa guru berkenaan bertindak begitu.
Ceritanya lain pula hari ini , menurut Murai.com , Azhar telah memberikan respon mengenai isu yang berlaku . Menurutnya , dia akan menyelesaikan masalah tersebut secara baik bersama guru yang didakwa menampar anak sebanyak 10 Kali . Tambahnya lagi , ini demi menjaga nama baik sekolah tersebut yang anaknya juga sekarang berada di tahun enam sekolah terbabit .
“Memang pada mulanya saya agak ‘panas’ dengan apa yang berlaku tetapi bila difikir balik saya tidak sepatutnya bersikap begitu, jadi kini saya sedikit tenang. Saya marah, tapi tidaklah sehingga mahu merosakan institusi sekolah itu semata-mata untuk masalah anak saya ini. Tak perlulah saya dedahkan apa yang berlaku. Lagipun anak saya berada dalam keadaan baik, cuma mungkin dia ada sebab mengadu kepada saya,” katanya.Azhar juga akui bakal meneruskan hasratnya untuk berjumpa dengan guru tersebut tetapi hanya mahu berbincang secara aman.
“Saya ada menelefon cikgu berkenaan, itu pun tidak berniat untuk memarahi apatah lagi bersuara tinggi. Cuma saya hanya ingin tahu apa puncanya dan mengapa hukuman itu diberikan. Saya pun tak mahu panjangkan perkara ini dan akan berjumpa dengan cikgu itu dalam masa terdekat untuk bersemuka dan berbincang secara kekeluargaan untuk kebaikan anak saya. Yelah, hari ini cikgu itu salah, esok lusa mungkin saya atau anak saya yang salah. Manusia buat kesalahan. So let forgive and forget as Ramadan his coming soon,” luahnya lagi.
Bagi P.Malam , tindakan azhar itu wajar dan sepatutnya sebelum memuatnaik status tersebut . Cuma yelah ,tindakan manusia itu terkadang lebih dari kewarasan emosi semasa . Diharap ia menjadi ikhtibar kepada semua . Psst , bukan mudah yer nak mendidik , silap-silap ibubapa sendiri pun tak termampu nak mendidik!
Bila anak dia tu dah memang salah, baru pandai nak diam dan tutup mulut ye azhar? Ibu bapa sekarang memang berkerjaya tapi otak diletakkan di lutut. Nak marah-marah konon, siasat dululah bro... anak ko tu yang memang biadab. Ingat cikgu ni nak denda ke kalau tiada apa-apa masalah. Kena ingat, cikgu berdepan dengan ribuan murid setiap hari... yang engkau tu berdepan dgn berapa org anak saja pun sudah gelabah. Lagi satu, kalau tidak suka anak didenda... mohon hantar anak di sekolah swasta.
ReplyDeletepegi je jumpa cikgu tu. segelintir guru skrg ni ramai yg buat suka hati je. dh bnyk kes cikgu2 mcm ni. klu ya pun pelajar salah siapa cikgu tu suka hati nak tampar anak orang sampai 10x cmtu???
ReplyDelete